Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH SUKAN SINGAPURA

Joseph Schooling, Shayna Ng, Olahragawan dan Olahragawati Terbaik 2016

Renang dan Bowling menang tiga anugerah masing-masing, bola jaring menang anugerah Pasukan Terbaik
Jun 23, 2016 | 10:10 PM



PERENANG nombor satu nasional dan harapan pingat negara di Rio 2016 Joseph Schooling ialah Olahragawan Terbaik 2016.



Kemenangan Schooling itu melengkapkan 'hatrik' tiga anugerah utama bagi pasukan renang Singapura di majlis Anugerah Sukan Singapura yang diadakan di Raffles City COnvention Centre malam tadi (23 Jun).



Ia juga adalah anugerah Olahragawan Terbaik ketiga buat Schooling.



Rakan sepasukan Quah Zheng Wen - atlit setempat yang berkalung paling banyak pingat di Sukan SEA tahun lalu memenangi anugerah Budak Lelaki Terbaik, sementara jurulatih nasional Sergio Miro Lopez dinobat Jurulatih Terbaik.



Pasukan bowling turut memenangi tiga anugerah di acara penuh gah yang dihadiri masyarakat sukan setempat.



Srikandi bowling Shayna Ng dilantik Olahragawati Terbaik - anugerah kedua yang dimenanginya - selepas memenangi anugerah Pasukan Terbaik (Acara) bersama dua lagi anggota pasukan Trios Perempuan - Cherie Tan dan New Hui Fen. Rakan sepasukan Joey Wong memenangi anugerah Budak Perempuan Terbaik.



Mengucapkan terima kasih menerusi rakaman video, Schooling, yang sedang menjalani latihan pusat dengan skuad renang nasional di Florida berkata:



"Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri acara dan meraikan kemenangan ini bersama rakan dan keluarga.



"Memenangi anugerah ini adalah satu penghormatan bagi saya," ujar Schooling yang memenangi pingat gangsa di Kejohanan Renang Dunia tahun lalu.



Quah, yang bersama Schooling akan mengibarkan bendera negara di kolam renang Rio 2016 berkata beliau hampa tidak dapat menerima anugerah itu sendiri.



Anugerah Pasukan Terbaik dimenangi pasukan bola jaring nasional yang memenangi pingat emas di Sukan SEA ke-28 tahun lalu.



 



Senarai pemenang di Anugerah Sukan Singapura 2016



Olahragawan Terbaik



Joseph Schooling (Renang)



Olahragawati Terbaik



Shayna Ng (Bowling)



Budak Lelaki Terbaik



Quah Zheng Wen (Renang)



Budak Perempuan Terbaik



Joey Yeo (Bowling)



Jurulatih Terbaik



Sergio Lopez Miro (Renang)



Pasukan Terbaik (Sukan berpasukan)



Pasukan Bola Jaring Sukan SEA ke-28



Pasukan Terbaik (Acara)



Pasukan Bowling Trios Perempuan



Shayna Ng, Cherie Tan, New Hui Fen



Pasukan Terbaik Budak Lelaki/ Budak Perempuan



Pasukan Kapal Layar Kejohanan Optimis Dunia



Jodie Lai Xuan Yi, Daniel Hung Book Lok, James Koh Kia Ler, Muhd Daniel M Yazid, Koh Yi Nian



Acara Sukan Terbaik (Antarabangsa)



BNP Paribas WTA Finals Singapore



Acara Sukan Terbaik (Setempat)



Great Eastern Women's Run 2015



Kisah Sukan Inspirasi



Rohit Brijnath, On his travels, patience is the greatest



weapon (The SundayTimes)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >