Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Juara bertahan Manchester City mara ke suku akhir

Mar 07, 2024 | 03:47 PM



MANCHESTER: Juara bertahan Manchester City mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara untuk musim ketujuh berturut-turut, selepas kemenangan 3-1 ke atas FC Copenhagen pada 6 Mac.


Prestasi baik itu diraih pada perlawanan kedua pusingan pasukan 16 terakhir, yang melengkapkan kemenangan agregat 6-2.

City, yang memulakan perlawanan dengan kelebihan dua gol, tidak berdepan masalah selepas gol babak pertama oleh Manuel Akanji, Julian Alvarez dan Erling Haaland.

Dengan kunjungan ke Liverpool bagi pertembungan dua pasukan teratas Liga Perdana England (EPL) menanti pada 10 Mac, pengurus Pep Guardiola merehatkan beberapa pemain utama termasuk Kevin De Bruyne dan Phil Foden, dan melakukan tujuh perubahan pada skuad itu, yang mengalahkan Manchester United 3-1 pada 3 Mac.

“Hari ini, saya memerlukan tenaga, pemain yang cergas,” kata Guardiola.

“Saya tahu betapa letihnya sesetengah pemain saya hari ini... Kami akan bermain Ahad ini (10 Mac). Jadi saya perlukan pemain yang cergas.”

City ketinggalan satu mata di belakang Liverpool dan satu mata di depan Arsenal selepas 27 perlawanan liga dalam perlumbaan kejuaraan EPL yang sengit.

Ia turut bersaing dalam Piala FA dan bakal bertemu Newcastle United pada suku akhir 16 Mac ini.

“Untuk menjadi sebahagian daripada kejuaraan, kami perlukan setiap orang,” kata Guardiola.

“Untuk setahun lagi, kami antara lapan pasukan terbaik di Eropah. Kami cukup gembira masih bersaing dalam semua pertandingan,” tambahnya.

Akanji menjaringkan gol dengan peluang pertama City, menerusi satu rembatan voli daripada sepakan sudut Alvarez pada minit kelima.

“Saya lihat bola datang tepat ke arah kaki saya,” kata Akanji kepada berita sukan, TNT Sports.


Alvarez menjaringkan gol kedua empat minit kemudian, dibantu kesilapan penjaga gol Kamil Grabara, yang membolehkan percubaan penyerang City itu melepasi jangkauan tangannya, selepas tendangan Rodri terkena palang.

Bekas pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi, menjaringkan satu gol buat Copenhagen pada minit ke-29.

Namun, penjaring utama City, Haaland, merembat melepasi kawalan dua pemain pertahanan, dan menjaringkan gol beberapa saat sebelum rehat. 

City menyertai Real Madrid, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain pada suku akhir, dengan empat lagi pasukan akan ditentukan minggu depan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >