JUARA dunia Sheik Farhan Sheik Alau'ddin meluahkan keyakinan beliau mampu menyumbang pingat emas yang disasarkan dalam Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Terbuka Belanda 2016 yang bermula hujung minggu ini.
Farhan, 18 tahun, yang merebut gelaran juara dunia dalam Kejohanan Pencak Silat Sedunia di Phuket, Thailand, pada Januari tahun lalu, bersama bekas juara dunia Muhammad Shakir Juanda, mengetuai cabaran pasukan empat pesilat Singapura dalam kejohanan terunggul di Eropah itu yang akan bermula dari Sabtu hingga Ahad ini di bandar Roermond, Belanda.