Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Juara dunia tersembam, dibenam 5-1 oleh Belanda

Belanda berpesta gol dalam keputusan yang antara paling mengejutkan dalam sejarah Piala Dunia.
Jun 14, 2014 | 09:59 PM



BELANDA bukan sahaja menebus kekalahan kepada Sepanyol di final Piala Dunia empat tahun lalu malah menayangkan kegagahannya apabila ia berpesta gol membenam juara dunia bertahan itu 5-1 di Arena Fonte Nova di Salvador pagi tadi.


Kapten Belanda Robin Van Persie dan Arjen Robben masing-masing menjaringkan dua gol sementara pemain pertahanan Stefan de Vrij menyumbat satu gol untuk menentukan Sepanyol mengalami kekalahannya yang terbesar sejak 1963.


Gol pembuka tirai perlawanan dijaringkan Sepanyol melalui Xabi Alonso hasil tendangan penalti kontroversial dalam minit ke-27 - yang kedua berturut-turut dalam dua hari pertama Piala Dunia ini - tetapi anak didik Louis Van Gaal berjaya mengubah skrip permainan sebelum separuh masa pertama berakhir.


Penyerang Manchester United Van Persie memulakan kebangkitan pasukannya apabila beliau seolah-olah terbang di udara untuk menanduk hantaran silang Daley Blind dan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-44.


Hujan yang mengundang pemain di separuh masa kedua seolah-olah pembawa tuah untuk pasukan jersi jingga.


Robben menggandakan jaringan untuk Belanda apabila beliau mengawal kemas hantaran Blind dari sayap sebelum memperdayakan Iker Casillas untuk menjadikan keputusan 2-1.


Selang 12 minit, penyokong Belanda bak berada di awang-awangan apabila Stefan de Vrij menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dan yang ketiga untuk Belanda.


Namun Belanda belum berpuas hati dan Sepanyol yang seperti hilang arah tidak berdaya mempertahankan gawang daripada dibolosi lagi dua kali oleh Van Persie (min-72) dan Robben (min-80), yang melengkapkan jaringan 5-1, sekaligus mencipta antara keputusan yang paling mengejutkan dalam sejarah Piala Dunia.


Belanda kini mendahului Kumpulan B dengan tiga mata dan pilihan utama untuk mara dari kumpulan yang turut dianggotai Chile dan Australia.


Dalam perlawanan Kumpulan A di Natal, Mexico menewaskan Cameroon 1-0 hasil jaringan Oribe Peralta dalam minit ke-61. Ia kini berada di kedudukan kedua di belakang Brazil.


NORMAN SAWI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >