LONDON: Juara Major sebanyak empat kali, Rory McIlroy, kelmarin mendedahkan bahawa beliau boleh menolak peluang beraksi di Olimpik Rio kerana virus Zika di Brazil.
Vijay Singh dari Fiji dan Marc Leishman dari Australia telah pun memutuskan tidak menyertai Sukan Olimpik itu kerana virus Zika, sementara Adam Scott, Louis Oosthuizen dan Charl Schwartzel telah pun menarik diri dengan alasan menyemak jadual mereka.