KUALA LUMPUR: SINGAPURA berjaya memungut pingat emas pertamanya dalam sukan lawan pedang di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur melalui srikandi muda Amita Berthier, semalam.
Temasya sukan serantau ini turut menyaksikan atlit lawan pedang lelaki negara, Ahmad Huzaifah Saharudin, mencatatkan sejarah sebagai anak Melayu pertama memenangi pingat melalui acara itu.