Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Juruanalisis: Jangka bayar lebih tinggi tonton Piala Dunia 2018

Feb 18, 2018 | 05:00 PM



 



 



JURUANALISIS meramalkan peminat bola sepak di Singapura membayar yuran langganan lebih tinggi daripada yuran $112 yang dibayar empat tahun lalu untuk menyaksikan siaran langsung Piala Dunia tahun ini.



Walau syarikat penyiaran setempat belum lagi mengikat perjanjian dengan pemilik hak siaran Infront Sports & Media - empat bulan sebelum pertandingan bermula - kos menyiarkan Piala Dunia telah meningkat dengat ketara di rantau lagi, menurut pakar, dalam laporan akhbar The Sunday Times.



Di Hongkong - pasaran yang serupa dengan Singapura - syarikat Internet dari China LeEco membayar lebih HK$400 juta ($67 juta) untuk membeli hak siaran bagi pertandingan yang berlangsung dari 14 Jun dengan 15 Julai ini. Jumlah yang dibayar itu hampir 30 peratus lebih tinggi daripada AS$40 juta ($52 juta) yang dibayar oleh stesen televisyen TVB bagi menyiarkan Piala Dunia 2014 yang diadakan di Brazil.



Di Amerika Syarikat, Fox Sports membayar AS$425 juta untuk membeli hak siaran Piala Dunia 2018 dan 2022 - walau perjanjian ini dimeterai sebelum pasukan Amerika tersingkir dari pertandingan. ESPN - syarikat pesaing Fox - membayar AS$100 juta bagi membeli hak siaran bagi dua edisi sebelumnya.



Ketua kumpulan perniagaan sukan Deloitte Singapura dan Asia Tenggara Encik James Walton berkata hak penyiaran sedunia bagi Piala Dunia 2018 dan 2022 ‘secara purata 90 peratus lebih tinggi daripada pakej Piala Dunia sebelum ini’.



Menurut Encik Walton, tidak kesemua kos tambahan ini akan diserahkan kepada pelanggan, tetapi kos langganan tetap boleh meningkat dengan drastik jika kos hak penyiaran di Singapura meningkat dengan jumlah yang serupa dengan pasaran utama lain.



Kos langganan televisyen bagi menonton Piala Duniatelah meningkat sejak sekitar sedekad lalu.



Pelanggan membayar antara $15 dengan $25 pada 2006, namun perlu mengeluarkan antara $70 dengan $94 bagi menonton Piala Dunia 2010.



Seorang pemerhati yang dekat industri ini berkata beliau percaya yuran langganan tahun ini akan meningkat.



“Saya jangka harga pakej antara $140 dengan $150,” katanya.



Dalam pada itu, jumlah pelanggan yang bergantung pada wadah tradisional untuk menonton Piala Dunia dijangka merosot, dengan kian ramai  penonton menggunakan  khidmat kotak digital - termasuk khidmat yang melanggar undang-undang.



Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Penyiaran Kabel dan Satelit Asia tahun lalu menunjukkan dua daripada lima penonton di sini menonton kandungan yang dilanun.



Penolong profesor di jabatan pemasaran dan pendidikan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU)  Seshan Ramaswami berkata yuran langganan tidak boleh bertambah buat selama-lamanya kerana permintaan akan merosot jika ia melebihi kadar yang diterima pelanggan.



“Inilah cabarannya, untuk membayar harga yang memadai (untuk membeli hak penyiaran) yang membenarkan mereka menawarkan harga yang menarik kepada pelanggan, dan pengiklan, untuk membeli ruang iklan semasa tempoh siaran,” kata Profesor Seshan.



Singtel dan StarHub, dua penyiar saluran kabel utama di Singapura, enggan memberi komen apabila menjawab pertanyaan ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >