Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jurulatih bola jaring nasional baru tidak sabar untuk mulakan tugas

Sep 18, 2017 | 05:11 PM



JURULATIH baru pasukan bola jaring nasional Singapura, Natalie Milicich, mungkin masih belum mempunyai masa untuk mengenali setiap seorang daripada anggota pasukan tersebut namun warga New Zealand itu tidak sabar untuk menyahut cabaran akan datang.



Milicich, 50 tahun, yang tiba di Singapura Ahad lalu dan telah mejalani dua sesi latihan, berkata bahawa matlamat utamanya buat masa kini adalah untuk mengenali anggota pasukan dengan lebih baik, dalam dan luar gelanggang, supaya beliau dapat membimbing mereka mencapai matlamat jangka pendek untuk tamat di tempat pertama atau kedua dalam Piala Negara-negara yang akan berlangsung Disember ini.



"Satu isu bagi saya adalah kami lebih kecil (secara fizikal) jika dibandingkan dengan negara lain yang bertanding, untuk itu satu perkara yang penting adalah untuk memperbaiki kesihatan dan kemahiran anggota pasukan untuk memastikan bahawa pasukan kami lebih kompetitif," kata Milicich.



"Satu perkara yang saya lihat adalah pemain kami amat komited dan bersedia untuk mencuba gaya baru, untuk itu saya suka bahawa mereka berminat dan suka mencuba perkara yang di luar zon selesa."



Bagi tempoh jangka panjang, bekas ketua jurulatih dan pengurus prestasi pasukan New Zealand Netball Central Zone itu telah meletakkan matlamat untuk memimpin Singapura untuk melayakkan diri bagi Piala Bola Jaring Dunia 2019 di Liverpool.



Singapura, yang kini berada di kedudukan 18 sedunia, bakal menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Asia September ini.



Mereka yang mendapat tempat pertama dan kedua dalam kejohanan ini akan melayakkan diri ke Piala Bola Jaring Dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >