SINGAPURA ialah juara bertahan Kejohanan Boling Tenpin Sekolah-sekolah Asia selepas merangkul tujuh emas, tiga perak dan dua gangsa di kejohanan tahun lalu.
Ia mendahului kiraan pingat antara 136 peserta dari 14 negara yang bertanding termasuk Australia, Brunei, Mesir, Hongkong, Jepun, Korea, Kuwait, Macau, Malaysia, Filipina, Qatar, Thailand dan tuan rumah, Indonesia.