Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jurulatih larian disiasat polis atas dakwaan menipu

Jan 08, 2024 | 04:15 PM



Sekurang-kurangnya tiga laporan polis telah dibuat terhadap jurulatih larian setempat, Lexxus Tan, sepanjang sembilan bulan lalu, dengan kes-kes dikaitkan dengan dakwaan menipu bagi produk, perniagaan dan acara berkaitan larian.

Tan, yang merupakan pengasas kelab larian F1 Runners dan FastOnes, telah dipenjara 17 bulan pada Oktober 2020 selepas mengaku bersalah kepada satu tuduhan menipu.

Menurut laporan The Straits Times, antara Februari 2017 dengan Jun 2018, Tan telah menipu hampir 40 atlet, melibatkan jumlah lebih $100,000.


Ia dikaitkan dengan penjualan pakej pelancongan palsu kepada mereka bagi lawatan maraton di luar negara atau jam-jam Garmin yang tidak wujud.

Tan, 51 tahun, kini didakwa menipu lebih $32,000 pula.

Polis mengesahkan bahawa pada 4 Januari terdapat dua laporan yang dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Dalam satu kes, seorang pengurus jualan yang hanya ingin dikenali sebagai Andrew dilaporkan melabur $20,000 kepada perniagaan kasut sukan Tan.

Pengurus jualan itu menekankan bahawa mengikut kontrak tersebut, beliau akan menerima bayaran 15 peratus bagi jumlah tersebut setiap enam bulan.

Namun Andrew, yang sebelum ini membeli kasut daripada Tan, tidak menerima sebarang invois atau kemas kini selepas menyerahkan jumlah tersebut kepadanya pada September 2022.

Andrew, 42 tahun, tidak menerima bayarannya sebanyak $3,000 pada Mac 2023, dan pada pertengahan 2023 meminta agar Tan mengembalikan jumlah pelaburan itu secara penuh.

Tan memohon lanjutan selama sebulan.

Bagaimanapun, Tan kemudian tidak lagi membalas mesej selepas itu, lantas menggesa Andrew membuat laporan polis pada Ogos.

Andrew berkata: “Saya cuba jadi lebih sihat (semasa pandemik) dan saya bersama masyarakat – keluar berlari dan mula kenali lebih ramai orang.

“Namun kerana kejadian ini... ia menjadikan sukan larian ini tidak menarik.”

Seorang kontraktor ubah elok yang hanya ingin dikenali sebagai Yeo, berkata beliau melabur $12,500 bagi satu acara Larian Bikini Antarabangsa Singapura yang sepatutnya dianjurkan Tan.

Acara itu bermula di Pattaya beberapa tahun lalu dan Tan mendakwa telah meraih francais bagi menganjurkan acara tersebut di Sentosa pada 23 April 2023.

Yeo, 53 tahun, menyerahkan wang itu kepada Tan pada November 2022 dan kontrak mereka menyatakan bahawa wang tersebut akan dikembalikan kepadanya pada Mei 2023.

Namun sedang tarikh acara itu kian hampir, Yeo meminta Tan maklumat terkini.

Bagaimanapun, Tan cuba melengahkan pertemuan mereka dengan mendakwa dirinya sakit dan pelabur serta dana tidak mencukupi.

Mereka akhirnya bertemu dua hari kemudian sebelum larian itu sepatutnya berlangsung.

Tan memberitahu Yeo yang dia sedang berusaha mengalihkan acara itu ke East Coast Park memandangkan tidak cukup pelabur dan lokasi di Sentosa terlalu mahal.

Yeo meminta wangnya dikembalikan, namun selepas beberapa kelengahan dan gagal menghubungi Tan, beliau membuat satu laporan polis pada Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >