Jutawan Peter Lim ingin belanja $85 juta untuk Valencia

JUTAWAN Singapura, Peter Lim, yang merancang untuk membeli kelab bola sepak Sepanyol, Valencia, berikrar untuk membelanjakan 50 juta euros ($85 juta) bagi membeli pemain semasa tempoh pembelian pemain Januari ini.

Beliau menyatakan demikian dalam temuramah bersama akhbar harian Sepanyol AS.

"Saya harap tawaran saya diterima. 40 juta euros untuk membeli pemain nampak macam terlalu sedikit bagi saya.

"Saya mempunyai 50 juta euros untuk dibelanjakan bulan ini.

"Saya amat suka bola sepak dan saya harap semua berjalan lancar. Niat saya baik dan tawarannya pula baik," kata beliau.

Encik Lim telah memberi kelab La Liga itu sehingga hari ini untuk menimbangkan tawarannya.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.