Juventus mara ke final Liga Juara-Juara selepas hancurkan impian Real Madrid

MADRID: Juventus memusnahkan harapan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, yang mengejar kejayaan rekod 11 mahkota Eropah dalam satu perlawanan awal pagi tadi (14 Mei).

Gol berharga jaringan Alvaro Morata ke atas bekas kelabnya itu membantu Juventus menempah tempatnya di final Liga Juara-Juara menentang Barcelona selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Real dalam pertarungan kedua separuh akhir, untuk menang dengan keputusan agregat 3-2.

Gol penalti Cristiano Ronaldo pada minit ke-23 memberikan Real harapan tetapi pemain yang pernah 'dibuang' kelab La Liga itu, Morata, melenyapkan penyokong di Bernabeu dengan rembatan kencang yang mengatasi Iker Casillas sekitar 12 minit selepas babak kedua dimulakan.

Morata turut menemui jaringan semasa membantu juara Italy itu menewaskan Real 2-1 dalam pertemuan pertama di Turin seminggu lalu.

Kemenangan itu meletakkan Juventus dalam final di Berlin pada 6 Jun ini menentang Barcelona yang mengetepikan Bayern Munich dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kelmarin. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.