KEGEMBIRAAN yang dirasakan dua beradik ini bukan kepalang - dipilih menjadi sebahagian daripada rekod rombongan seramai 31 atlit muda bagi mewakili Singapura di temasya Sukan Para Belia Asia (AYPG) edisi ketiga yang akan berlangsung di Dubai bulan depan.
Namun, segala lirik senyuman itu dijangka bertukar menjadi 'bahang' persaingan apabila Muhammad Farihin Mazlan dan adiknya, Fikri Haikal, turun bersaing sesama sendiri dalam acara lompat jauh di temasya sukan berprestij itu dari 10 hingga 13 Disember ini.