LONDON: Penyerang England, Harry Kane, meneruskan sentuhan berbisa dalam usaha memenangi But Emas sebagai penjaring terbanyak musim ini dengan menyumbatkan satu lagi gol bagi kelabnya, Tottenham Hotspur.
Namun, pada akhir pertemuan dengan Brighton dinihari semalam, Spurs terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1 apabila gol penalti Pascal Gross 'memangkah' kelebihan Spurs.