Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kapten All Blacks, McCaw bersara, jadi pilot helikopter komersial

Nov 19, 2015 | 06:51 PM



WELLINGTON (New Zealand): Kapten All Blacks yang memenangi dua Piala Dunia, Richie McCaw, semalam mengumumkan persaraannya selepas 148 perlawanan, dengan kerjaya baru sebagai juruterbang helikopter komersial menanti.


"Saya akan menggantung but saya, mengakhiri hari-hari saya bermain ragbi," kata pemain berusia 34 tahun itu dalam satu sidang akhbar yang dimulai dengan seminit bertafakur sempena mengingati legenda All Black, Jonah Lomu, yang meninggal kelmarin.


Bulan lalu, McCaw - yang tiga kali dipilih sebagai pemain terbaik Ragbi Dunia - menjadi satu-satunya kapten memenangi Piala Dunia berturut-turut, puncak kerjaya yang telah menyaksikan beliau diangkat sebagai salah seorang pemain terunggul sepanjang masa.


McCaw berkata, beliau telah menimbangkan untuk bersara dan masa yang paling tepat tiba selepas New Zealand mengalahkan Australia 34-17 dalam final Piala Dunia di Twickenham. "Perlawanan terakhir itu, untuk kenangan terakhir di padang yang akan dikenang untuk selama-lamanya - sungguh memuaskan," katanya.


"Satu lagi perkara yang membanggakan saya ialah saya telah menunjukkan persembahan terbaik saya dalam dua minggu yang lalu."


McCaw telah bermain dalam 148 perlawanan dan ketua New Zealand Rugby, Steve Tew, berkata beliau adalah permain terbaik yang pernah diperolehinya.


"Richie adalah pemain yang paling berpengaruh untuk generasinya, jika tidak untuk sepanjang masa," ujar Tew. "Statistik permainannya menceritakan kisah itu, tetapi Richie juga telah memberi sumbangan yang besar di luar padang."


McCaw membayangkan dirinya terlibat dalam ragbi lagi pada masa depan, tetapi berkata beliau perlu "berundur setapak" dari permainan itu untuk satu tempoh kerana mahu mengejar minat lain.


"Saya telah melalui satu perjalanan yang sungguh hebat," katanya. "Saya tidak bersedih duduk di sini, sebenarnya saya duduk di sini gembira dengan apa yang telah saya lakukan, pengalaman yang saya raih dan menanti apakah yang ada untuk masa depan."


McCaw, seorang yang sangat meminati pesawat terbang, berkata beliau telah menyediakan kerjaya pascaragbi sebagai pemandu helikopter komersial. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >