Karnival dua hari semarak ketibaan F1 dibuka kepada orang ramai hujung minggu ini

BAGI menyemarakkan perlumbaan kereta Formula Satu Singapura-Singapore Airlines (SIA) bulan depan, karnival 'Light Up The Night' kembali sebagai acara dua hari pada hujung minggu ini.

Karvival yang diadakan sempena 'Rev Up Singapore!' - acara promosi anjuran Singapore GP bagi menyemarakkan kehadiran F1 di kalangan warga setempat - dibuka kepada orang ramai dan diadakan di Bangunan Pit F1 bersebelahan Republic Boulevard dari 1 petang hingga 9 malam.

Peminat sukan bermotor boleh menjangkakan pelbagai tarikan di karnival kali ini termasuk pertunjukkan aksi nekad serta menguji kecekapan mereka menukar tayar kerata F1 di Cabaran Hentian Pit Singapore GP.

Di samping itu, konvoi kereta-kereta mewah atau supercars di sekeliling Singapura dijangka menjadi daya tarikan utama pada hari pertama karnival.

Satu lagi acara yang menjadi daya tarikan utama karnival tahun ini ialah Cabaran Pesawat Kertas SIA - pengunjung berpeluang melihat pada peserta dengan pesawat kertas masing-masing bersaing bagi kategori jarak terjauh dan pesawat terpantas - memperkenalkan ciri-ciri aerodinamik dan kejuruteraan dalam industri penerbangan dalam suasana penuh meriah dan menyeronokkan.

Pelbagai kegiatan menyeronokkan bagi seisi keluarga turut disediakan termasuk tayangan filem secara percuma, permainan konsol Wii, perlumbaan kereta kawalan jauh, lukisan muka di samping peluang bergambar dengan patung lilin Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel yang dihasilkan muzium masyhur Madame Tussauds Singapore.

"Kami bersemangat sekali dengan sambutan hebat bagi karnival sulung 'Light Up The Night' Singapore Airlines tahun lalu. Jadi, tahun ini, kami menganjurkannya selama dua hari untuk memberi peluang kepada lebih ramai peminat menikmati pelbagai aktiviti bertemakan F1 sedang kami bersiap-siap menganjurkan perlumbaan malam F1 Singapura bulan depan," ujar Naib Presiden Divisyen SIA bagi Penjualan dan Pemasaran, Encik Foo Chai Woo.

Orang ramai juga boleh mendapatkan tiket-tiket bagi perlumbaan F1 Singapura-Singapore Airlines (SIA) ini pada harga istimewa di karnival ini nanti.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.