IA hanya sekitar 50 peratus siap kini, tetapi kawah yang sedang dibina di Waterfront Plaza di depan Stadium Negara ini bakal menjadi lambang unik Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-28 apabila ia siap kelak.
Dibina menggunakan 7.8 tan keluli tanpa karat dan berdiri setinggi 19.2 meter, kawah itu menyerupai bentuk DNA manusia, melambangkan jalinan hubungan anatra insan, masyarakat dan negara di Sukan SEA.
Ia dijadual siap akhir bulan ini; dan penyalaannya bakal menjadi acara kemuncak upacara pembukaan Sukan SEA pada 5 Jun nanti.