BELIAU berdiri setinggi 1.61 meter dan hanya seberat 55 kilogram.
Namun, Irham Mustafa Kamal, 16 tahun, berjaya menewaskan lawannya yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman di pertandingan Seni Pertahanan Diri Campuran (MMA) Lions Fight League baru-baru ini.