Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kecoh di luar Stadium Jalan Besar

May 22, 2014 | 05:12 PM



VIDEO mengenai ketegangan antara penyokong bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang gagal memasuki Stadium Jalan Besar (JBS) semasa perlawanan bola sepak pada MSL Selasa lalu tersebar luas di Internet.


Video yang dimuat naik ke laman YouTube menunjukkan penyokong dari Johor itu menjerit dan menunjuk isyarat ganas kepada polis pencegah rusuhan Singapura di luar JBS.


Kira-kira 100 peminat menunjuk kemarahan mereka selepas tidak dibenar masuk ke stadium pada sekitar 7.45 malam untuk menonton perlawanan Liga Super Malaysia antara LionsXII Singapura dan JDT meskipun telah membeli tiket.


Ketika dihubungi tadi, polis berkata 10 kereta polis dan sekurang-kurangnya lima kenderaan pencegahan rusuhan telah dipanggil untuk menguruskan ketegangan pada 8:42 malam.


Lima penyokong bola sepak - seorang wanita dan empat lelaki warga Malaysia - ditahan kerana menyebabkan kekecohan tersebut.


Mereka kini masih ditahan polis.


Antara lain, video itu menunjukkan penyokong menjerit kata-kata seperti "Saya datang ke sini dari jauh, jam pula tu!" dan "Orang bayar wang, bukannya masuk percuma!".


Dalam perlawanan tersebut, LionsXII Singapura tewas 2-3 kepada JDT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >