Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kedai cenderahati Sukan Para Asean dibuka di Orchard Road

Nov 06, 2015 | 06:57 PM



DENGAN tinggal kurang sebulan sebelum ketibaan Sukan Para Asean (APG) Kelapan dianjurkan di sini, Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Singapura (SAPGOC) mengorak langkah menyemarakkan ketibaan sukan terbesar bagi para atlit kurang upaya di rantau ini dengan pelancaran kedai cenderahati temasya di Orchard Road pagi tadi (6 November).


Terletak di laluan pejalan kaki di hadapan Ngee Ann City, kedai itu menawarkan pelbagai cenderahati edisi terhad Sukan Para Asean yang julung-julung kali dianjurkan negara ini termasuk jersi, topi, tuala, pin serta anak patung Nila - maskot rasmi temasya.


Timbalan pengerusi SAPGOC, Encik Kerk Kim Por, menegaskan pentingnya 'kehadiran' kedai rasmi sukan itu di tengah-tengah kesibukan Orchard Road.


"Tahun ini adalah tahun penting dan bersejarah bagi sukan di Singapura dan selepas kejayaan di Sukan SEA Ke-28 (pada Jun lalu), kami kini akan menyambut pula APG dalam kurang sebulan lagi.


"Ia (kedai cenderahati) bertujuan mewujudkan visibiliti dan kesedaran mengenai sukan para di tengah-tengah kawasan membeli-belah. Kami berharap orang ramai akan singgah ke kedai ini dan membeli cenderahati sebagai kenangan. Moga juga mereka akan lebih menghargai (arena) sukan para," ujar beliau.


Selain meningkatkan kehangatan APG pada 3-9 Disember nanti, kedai cenderahati ini turut menyokong usaha murni kebajikan dengan 10 peratus daripada hasil penjualan disalurkan kepada badan masyarakat seperti SportCares serta pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) di bawah Gerakan 'Care and Share'.


APG di Singapura ini akan menampilkan 15 cabang sukan termasuk atletik, renang, tenis meja dan bola sepak tujuh sepasuk.


Team Singapore dijangka diwakili sekitar 160 atlit - dengan sehingga 60 peratus daripada mereka bakal membuat penampilan sulung di pentas APG ini - menjadikan kontinjen negara yang terbesar pernah ditampilkan dalam temasya sukan ini.


Kontinjen Singapura itu akan diketuai oleh Encik Raja Singh yang dilantik chef-de-mission.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >