CARDIFF: Gareth Bale menyumbatkan dua gol di samping merintis satu peluang gol yang lain bagi membantu pasukan sensasi di Euro 2016, Wales, menumpaskan Moldova 4-0 bagi membuka kelayakan Piala Dunia 2018 dengan bergaya di sini kelmarin.
Superstar Real Madrid itu menghantar bola kepada Sam Vokes untuk gol pembukaan Wales pada minit ke-38 sebelum menemui sasaran bagi gol antarabangsanya yang ke-23 dan ke-24 - selepas gol sulung Joe Allen bagi pasukan negaranya.