Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kehebatan Bolt lambang kemenangan 'bersih' ke atas 'main kotor'

Aug 28, 2015 | 06:09 PM



APABILA anda boleh menang dengan bersih, apakah anda perlukan dadah atau apa sahaja lagi?


Inilah persoalan yang sering bermain di kepala saya tiap kali terbaca berita atlit yang diuji positif kerana dadah.


Pelari pecut Canada, Ben Johnson, dan pelumba berbasikal Amerika Syarikat, Lance Amstrong, merupakan dua atlit berprofil tinggi yang melambangkan dunia dadah atlit.


Di Beijing di mana Kejohanan Atletik Dunia sedang berlangsung, pertembungan antara 'bersih' dan 'kotor' sekali lagi menonjol dan tidak ada yang lebih menyerlah selain pertarungan antara Usain Bolt dari Jamaica dengan Justin Gatlin dari Amerika.


Dalam kededua acara pecut 100 meter dan 200 meter, Bolt menewaskan saingannya itu.


Gatlin, yang telah dua kali digantung kerana dadah, tiada jawapan untuk Bolt, yang telah banyak kali diuji negatif.


Memandangkan beliau sentiasa bersih, orang ramai telah mengangkatnya selaku wakil bersih dan baik - sekalipun Bolt telah menolak jolokan tersebut - untuk mengatasi simbol kotor dan segala yang berkaitan dengan dadah, Gatlin.


Dan seperti yang kita saksikan, Bolt memenangi kededua perlumbaan 100 dan 200 meter, meninggalkan Gatlin yang terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua.


Pesanan yang disampaikan Bolt kepada para atlit ialah anda tidak perlukan dadah untuk menang.


Bagi kebanyakan orang, kemenangan Bolt ialah kemenangan 'baik' ke atas 'jahat'. Kemenangan 'bersih' ke atas 'kotor'.


Dan ramai lagi mengharap agar kemenangan itu sekali gus membuktikan bahawa dadah dan bahan-bahan lain yang dapat merangsang persembahan atlit bukanlah rumusan ajaib untuk mencapai kejayaan.


Bakat, kerja keras, latihan dan disiplin adalah antara 'rukun-rukun wajib' yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.


Pengambilan dan penggunaan dadah lambat laun akan terdedah juga, dan apabila ia berlaku, ia amat memuakkan dan memalukan.


Johnson sampai sekarang masih dipulaukan dan kewibawaannya sentiasa diragui.


Amstrong pula dikatakan sedang menghadapi beberapa tindakan undang-undang.


Sejak 2013, Gatlin belum pernah kalah dalam kededua lumba pecut 100 meter dan 200 meter. Beliau dilihat sebagai orang yang mampu menamatkan penguasaan dan cengkaman Bolt dalam kededua acara itu.


Gatlin telah melakukan yang terbaik, tetapi tidak cukup untuk menggulingkan raja pecut dari Jamaica itu.


Tetapi nampaknya tiada sesiapa yang menunjukkan simpati kepada Gatlin yang tewas.


Sabtu lalu semasa beliau diperkenalkan kepada penonton di Stadium Sarang Burung, kedengaran ejekan daripada sebahagian penonton.


Ini berbeza daripada tepukan gemurah yang diberikan kepada Bolt apabila tiba gilirannya diperkenalkan.


Yang jelas, rekod buruk Gatlin dan dadah amat sukar dilupakan, kalau pun ia dapat dimaafkan.


Selepas perlumbaan 200 meter, Gatlin telah enggan diinterviu oleh BBC kerana apa yang disifatkannya sebagai laporan berat sebelah terhadap beliau.


Sebelum itu, ejen Gatlin, Renaldo Nehemiah, menyifatkan beberapa liputan terhadap kliennya sebagai "keburukan yang sangat keji".


"Justin telah memikul beban semua kebencian terhadap beliau," kata Nehemiah dalam satu interviu dengan badan penyiar Britain tersebut.


Namun bagi kebanyakan orang yang berkecuali dan bersih, Gatlin hanya harus menyalahkan dirinya sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >