PARIS: Rafael Nadal belum bersedia melihat gelanggang Roland Garros ditukar nama bagi mengiktiraf kehebatannya sekalipun beliau sudah dapat menggambarkan dirinya menghulurkan trofi kepada pemenang dan tidak lagi mencipta rekod baru di Paris.
Jaguh Sepanyol itu, yang menangis sejurus menerima trofi, meneruskan penguasaannya di gelanggang tanah liat Terbuka Perancis dengan menjinakkan seteru ketatnya, Novak Djokovic, 3-6, 7-5, 6-2, 6-4 kelmarin untuk tampil sebagai pemain lelaki pertama menjuarai kejohanan bertaraf Grand Slam sebanyak sembilan kali.