PASUKAN bola sepak Serebral Palsi (CP) Singapura membuka tirai pertandingan bola sepak dan acara pertama di Sukan Para Asean (APG) ke-8 dengan kemenangan 1-0 ke atas Indonesia di Stadium Negara semalam.
Meskipun kededua pasukan gagal memecahkan kebuntuan dalam babak pertama, kapten Singapura, Khairul Anwar Kasmani, menjaringkan gol penentuan dari jarak jauh pada minit ke-59.