Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan berprestij Piala Lion City kembali lagi bulan depan

Jul 08, 2015 | 04:49 PM



KEJOHANAN berprestij bagi pemain berusia bawah 16 tahun - Piala Lion City - akan tampil semula bulan depan selepas 'menghilang' tahun lalu gara-gara masalah mendapatkan penaja.


Kejohanan yang mula 'memperkenalkan' legenda bola sepak tanah air seperti Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy serta menjadi inspirasi bagi penganjuran Piala Dunia Bawah 16 Tahun Fifa akan dianjurkan bulan depan.


Antara bakat muda yang pernah menyerlah di kejohanan itu termasuk Adam Swandi, Mahathir Azeman dan di edisi terakhir kejohanan itu diadakan pada 2013 - Irfan Fandi.


Malah, potensi Irfan turut menyaksikan anak sulung Fandi itu disenaraikan antara 40 bakat muda terbaik dunia oleh akhbar 'The Guardian' di England pada tahun lalu.


Kejohanan kali ini hanya melibatkan empat pasukan yang akan beraksi pada dua hari kejohanan - peringkat separuh akhir pada 14 Ogos dan final dan pertarungan menentukan tempat ketiga/keempat pada 16 Ogos ini.


Singapura akan diwakili dua pasukan - skuad Akademi Bola Sepak Nasional (NFA) Bawah 15 Tahun dan NFA Bawah 16 Tahun yang dijangka berpeluang menguji kehebatan mereka dengan "dua kelab daripada antara liga terhandal di Eropah" yang akan menyertakan pasukan akademi Bawah 15 Tahun mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >