Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan Futsal AFF: Timor Leste tewaskan S'pura 6-3

Oct 09, 2015 | 10:08 AM



BANGKOK (Thailand): Singapura kecundang dalam perlawanan pembukaan menentang Timor Leste di Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang bermula semalam hingga 16 Oktober ini.


Timor-Leste meraih kemenangan 6-3 dengan seorang pemain mereka, Manuel Sarmento tampil wira, menyumbatkan empat gol dalam perlawanan tersebut.


Singapura mendahului perlawanan selepas berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit kedua, menerusi sumbangan Amir Zalani, yang turut menyumbang gol kedua negara pada minit ke-18.


Bagaimanapun, Sarmento berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-8 - menyebabkan S'pura hanya mampu menikmati kelebihan tipis sedang ia berehat sebelum memulakan separuh masa kedua.


Timor Leste dikejutkan dengan jaringan gol ke-3 Singa yang dijaringkan oleh Mohamad Helmi dua minit selepas bermula babak kedua.


Timor Leste bagaimanapun enggan menyerah kalah dengan Sarmento terus 'menyerang' dan mengejutkan pihak lawan dengan menyumbatkan dua gol kilat pada minit ke-23 dan ke-24 untuk menikmati 'hatrik' sebelum menyumbang gol keempatnya pada minit ke-28.


Tidak cukup dengan itu, dua pemain Timor Leste, Machel Carvalho dan Jose Lopes, menjaringkan gol pada minit ke-31 dan minit ke-39 untuk memastikan pasukan mereka meraih mata penuh dalam perlawanan pembukaan.


Dalam pada itu, Malaysia mencatat kemenangan besar dengan membenamkan Brunei 9-1.


Keempat-empat pasukan ini adalah dalam Kumpulan 'A'.


Sementara itu, dalam perlawanan bagi Kumpulan 'B' pula, Vietnam menewaskan Laos 13-1 manakala Myanmar menewaskan Filipina 13-0.


Singapura berdepan dengan Thailand hari ini.


Menerusi kejohanan ini, hanya empat pasukan teratas dari kedua-dua kumpulan sahaja yang layak melangkah ke pusingan akhir peringkat Asia di Uzbek tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >