Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023: HARAPAN SRIKANDI LAWAN PEDANG

Kekal konsisten kunci kecemerlangan

May 08, 2023 | 05:30 AM



SUKAN lawan pedang ternyata lebih mencabar berbanding bidang pengajian buat srikandi lawan pedang negara Kiria Tikanah Abdul Rahman.



Ini setelah tidak seperti bidang pengajian yang mana sebuah jawapan mungkin sudah ditetapkan, lebih banyak faktor harus diambil kira dalam sukan lawan pedang.



Pelajar tahun akhir jurusan kimia di Universiti Nasional Singapura (NUS) berusia 22 tahun itu berkata:



"Bidang pengajian adalah sesuatu yang mana silibus atau sukatan pelajaran sudah ditetapkan untuk anda.



"Bagi sukan lawan pedang, sungguhpun anda sedia maklum apa yang perlu dilakukan, keputusan mungkin tidak memihak kepada anda kerana terdapat faktor berbeza yang perlu diambil kira dan ia bergantung kepada cara pihak lawan anda bertindak."



Menurutnya, banyak sifat yang diraih melalui sukan lawan pedang diterapkan dalam pengajian di universiti dan kehidupan hariannya - antaranya adalah cara untuk kekal konsisten.



Baginya, sifat sedemikian penting kerana ia dapat memastikan beliau dapat kekalkan rentak kecemerlangan di luar dan di dalam gelanggang.



Kiria turut menjelaskan pelibatan dalam sukan Olimpik 2020 di Jepun masih terbayang di benaknya.



Ia merupakan satu kenangan yang sukar dilupakan kerana beliau dapat berdepan dengan atlet lawan pedang nombor satu dunia dari Romania pada waktu itu, Ana Maria Popescu, sungguhpun tewas 15-10.



"Untuk dapat memberikan persaingan yang baik menentang seteru utama (dalam Olimpik pada waktu itu), ia menunjukkan jika anda fokus anda boleh melakukan apa sahaja," tambahnya, yang bertarung dalam acara Epee.



Beliau juga akur pengalaman yang diraih setakat ini telah mengajarnya betapa penting untuk kekal tenang apabila bertarung di depan khalayak ramai.



Ini kerana aspek tersebut membezakan atlet yang baik dan atlet yang hebat.



"Saya rasa bertarung di hadapan khalayak ramai merupakan satu motivasi berbanding tekanan.



"Jika orang ramai tertumpu kepada anda dan anda masih dapat memberi prestasi baik, ia sebenarnya memaparkan aspek kecemerlangan dalam diri anda," jelas Kiria.



Justeru, aspek kecemerlangan ini ingin diteruskan dalam Sukan SEA di Kemboja.



Beliau bakal bertanding dalam acara Epee perseorangan pada 13 Mei dan Epee berpasukan pada 16 Mei di Dewan B Pusat Konvensyen Chroy Changvar.



Ini merupakan Sukan SEA yang ketiga beliau setelah membuat penampilan sulungnya dalam Sukan SEA Filipina pada 2019 - beliau menang pingat emas bagi acara Epee perseorangan.



Edisi Sukan SEA sebelum ini pada 2022 di Hanoi, Vietnam, menyaksikan beliau meraih perak selepas tewas di tangan rakan segenara, Elle Koh.



Kiara merupakan antara yang paling berpengalaman dalam skuad lawan pedang Sukan SEA kali ini dan adalah antara 100 atlet lawan pedang terbaik dunia dalam acara Epee, menurut Persekutuan Lawan Pedang Antarabangsa (IFE).



Menurutnya, temasya sukan tersebut merupakan wadah persiapan menjelang sukan Olimpik 2024 di Paris.



Beliau berkata: "Jika anda meletakkan matlamat untuk peringkat Asia atau peringkat antarabangsa, peringkat Asia Tenggera adalah sesuatu yang perlu dicapai dahulu.



"Kami mempunyai peluang baik pada tahun ini (bagi Sukan SEA)



"Saya meletakkan matlamat untuk mencapai tempat dua teratas dan pingat emas bagi acara berpasukan," tambah beliau.




MOTIVASI DI GELANGGANG



"Saya rasa bertarung di hadapan khalayak ramai merupakan satu motivasi berbanding tekanan.
Jika orang ramai tertumpu kepada anda dan anda masih dapat memberi prestasi baik, ia sebenarnya memaparkan aspek kecemerlangan dalam diri anda.''
- Kiria Tikanah Abdul Rahman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >