Kekecohan penyokong: FAM didenda, Fifa arah perlawanan 11 Nov diadakan di stadium tertutup

LAUSANNE: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengumumkan beberapa siri hukuman ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyusuli kekecohan yang dicetuskan penyokongnya sehingga memaksa perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dengan Arab Saudi pada 8 September lalu dihentikan.

Melalui satu kenyataannya, Jawatankuasa Disiplin Fifa mengatakan bahawa siasatan yang dijalankannya menunjukkan bahawa FAM "bertanggungjawab di atas kelakuan penyokong", justeru mengarahkan pertarungan selanjutnya dalam Kelayakan Piala Dunia ini menentang Arab Amiriah Bersatu (UAE) pada 17 November ini dijalankan di stadium tertutup.

FAM juga dikenakan denda sebanyak AS$40,000 ($57,000) serta diberikan amaran tegas di atas insiden hitam itu yang menyaksikan segelintir penyokong - yang marah dengan kekalahan memalukan pasukan mereka 0-10 kepada UAE dalam perlawanan sebelumnya - melontar suar, bunga api dan mercun, menyebabkan asap tebal menyelimuti padang.

Seramai 11 penyokong diberkas menyusuli insiden itu tetapi tiada yang mengalami cedera dalam insiden itu.

Jawatankuasa Disiplin penguasa bola sepak dunia itu turut memberikan kemenangan 3-0 kepada Saudi.

Awal sebelum itu, presiden Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa, melahirkan "keprihatinan mendalam" di atas insiden itu sambil melahirkan kesediaan memberikan sokongan ke atas siasatan yang dijalankan Fifa. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.