Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelab Liga Perdana England berbelanja rekod $1.8 bilion

13 kelab EPL pecah rekod perbelanjaan bagi pemain tunggal
Sep 01, 2016 | 03:37 PM



LONDON: Chelsea telah mendapatkan semula David Luiz sementara juara England, Leceister City, memecahkan rekod pembelian pemain mereka dengan membawa penyerang Islam Slimani sedang kelab-kelab Liga Perdana menembusi batas satu bilion paun ($1.8 bilion) pada hari terakhir pemindahan pemain.



Arsenal dan pemain tengah England, Jack Wilshere, menyempurnakan persetujuan yang tidak terduga untuk meminjamkan pemain itu ke Bournemouth.



Tottenham Hotspur pula mengalahkan Everton dalam perebutan untuk mendapatkan pemain Newcastle United, Moussa Sissoko, dalam satu persetujuan yang dikatakan bernilai sekitar £30 juta.



Dan untuk pertama kalinya, yuran yang dibayar oleh kelab-kelab Liga Perdana melebihi garis satu bilion paun, menurut penganalisis kewangan, Deloitte.



Jumlah tersebut dibantu oleh £89 juta - rekod dunia - yang dibayar Manchester United kepada Juventus untuk pemain tengah Perancis, Paul Pogba.



United juga bernasib baik mendapat penyerang Zlatan Ibrahimovic secara percuma.



Bayaran termahal yang dibuat pada hari terakhir pemindahan pemain yang dilaporkan sekitar £34 juta dibuat oleh Chesea untuk pemain pertahanan Brazil, Luiz, yang meninggalkan kelab itu untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan bayaran £50 juta dua tahun lalu.



Chelsea juga meyempurnakan pembelian pemain bek kiri Sepanyol, Marcos Alonso, dari Fiorentina, dengan bayaran £24 juta.



Ini menjadikan mereka kelab yang paling besar berbelanja pada hari terakhir pemidahan pemain.



Leicester merupakan antara 13 kelab Liga Perdana yang memecahkan rekod bayaran pembelian mereka, dengan mengeluarkan 30 juta euro ($45.56 juta) sebagai bayaran awal untuk penyerang Sporting Lisbon, Slimani.



Inilah kali ketiga mereka mecatatkan rekod baru kelab pada tempoh pemindahan pemain.



Dalam pada itu, pemain tengah Perancis, Sissoko, kelihatan akan menyertai Everton sebelum Spurs memotong jalan untuk mendapatkab pemain tersebut. Sebelum itu, Spurs juga telah mendapatkan penyerabg Olympique Marsaille, Georges-Kevin N'Koudou.



Manchester City, yang mengeluarkan jutaan paun untuk membawa para pemain seperti pemain pertahanan England, John Stones, adalah antara kelab yang cuba mengecilkan skuad mereka pada hari terakhir pemindahan.



Juruatih Pep Guardiola telah mengizinkan penjaga gawang England, Joe Hart, Wilfried Bony, Samir Nasri dan Eliaquim Mangala untuk meninggalkan mereka dan dipinjamkan ke kelab-kelab lain.



Mario Balotelli menamatkan kisah sedihnya di Liverpool dengan menyertai Nice sementara seorang lagi pemain antarabangsa England, Wilshere, dipinjamkan Arsenal kepada Bournemouth sedang beliau cuba menghidupkan semula kerjayanya yang dilanda kecederaan pada musim-musim lalu. - Reuters.



 



13 Kelab Liga Perdana England 'memecah bank' untuk mendapatkan pemain dalam tempoh perpindahan pemain yang baru berakhir.



Manchester United (Paul Pogba - £89.3m),

Crystal Palace (Christian Benteke - £32m),

Everton (Yannick Bolasie - £30m),

Leicester (Islam Slimani - £29.7m),

West Ham (Andre Ayew - £20.5m),

Southampton (Sofiane Boufal - £16m),

Swansea (Borja Baston - £15.5m),

Bournemouth (Jordon Ibe - £15m),

Sunderland (Didier N'Dong - £13.6m),

Hull (Ryan Mason - £13m),

Watford (Roberto Pereyra - £13m),

West Brom (Nacer Chadli - £13m),

Burnley (Jeff Hendrick - £10.5m).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >