Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelab Liga S mula atur rancangan, walau musim depan dijangka bermula lewat

Dec 09, 2017 | 06:15 PM



 



 



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), bulan ini, bercadang mengumumkan rancangan memperbaharui Liga S, dengan kelab diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu.



Ini bermakna, musim 2018 - dan yang ke-23 untuk Liga S - akan bermula lebih lewat dari biasa, iaitu pada Mac atau April. Ia biasanya bermula pada Februari.



Dalam laporannya, akhbar The Straits Times (ST) berkata pemain Liga S kini serba prihatin tentang sumber periuk nasi mereka, kerana pemain hanya mendapat gaji apabila latihan pramusim bermula.



Malah, kuantum dana yang bakal diterima kelab juga boelum diketahui, kerana Lembaga Tote masih belum memberitahu jumlah subsidi yang akan diberikan kelada Liga S.



Pemain mapan dan bekas pemain nasional Baihakki Khaizan turut terjejas.



Baihakki, 33 tahun, dilepaskan Warriors FC di akhir musim lalu dan kini masih mencari pasukan baru, sementara menjalani latihan untuk menjadi ejen hartanah.



“Saya ingin berkata saya yakin boleh beraksi tahun depan, tetapi keadaannya tidak sebegitu. Jika diberi pilihan, tentunya saya ingin terus beraksi, tetapi tampaknya, saya perlu membuat rancangan bagi masa depan di luar bola sepak,” ujar beliau.



Difahami, FAS akan mengumumkan bahawa bermula tahun depan, semua enam kelab setempat dimestikan memiliki sekurang-kurangnya enam pemain Bawah-23 tahun dalam skuad, dengan sekurang-kurangnya tiga memulakan perlawanan - langkah yang selaras dengan penekanan baru FAS kepada pembangunan belia.



Namun, seorang pemain berpengalaman, yang enggan namanya digunakan berkata perubahan ini mengenakan tekanan ke atas pemain lebih tua.



“Ia seperti meminta kami bersara,” ujar beliau.



Jurulatih Hougang United Philippe Aw, yang kini sedang menjalani kursus di Jerman, berkata kelabnya telah memilih kebanyakan pemain, dan terpaksa melepaskan tiga pemain asing - Pablo Rodriguez (Sepanyol), dan dua pemain Jepun Atsushi Shirota dan Fumiya Kogure.



“Kami tidak tahu undang-undang baru berkenaan pemain asing dan terpaksa melepaskan mereka,” ujar Aw.



Keadaan berlainan sikit bagi Tampines Rovers. Walau jadual bola sepak setempat kosong bagi tempoh empat bulan mendatang, ia akan memulakan kempen Liga Juara-Juara Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bulan depan.



Pengerusi Tampines Desmond Ong berkata ia telah pun mengambil 15 pemain bagi yahun depan dan bercadang membenarkan pemain berehat dan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan  Februari nanti jika ia gagal mara ke pusingan selanjutnya dalam Liga Juara-Juara AFC.



Ong juga berjanji akan membayar gaji pemain sepenuhnya semasa tempoh ini.



Tampines, naib juara Liga S 2017 adalah wakil Singapura dalam pertandingan kelab utama benua ini, kerana juara Liga S adalah Albirex Niigata yang berasal dari Jepun dan tidak layak mewakili Singapura.



 Tampines, yang dipimpin jurulatih Jurgen Raab akan bertemu Bali United dari Indonesia dalam perlawanan kelayakan pada 16 Januari.



Jika mara dari pusingan itu, Tampines akan berentap dengan Chiangrai United, yang menduduki tangga keempat dalam Liga Thai T1 pada 23 Januari.



Jika mara sekali lagi, pasukan gergasi Shanghai SIPG - yang dianggotai pemain Brazil Hulk dan Oscar - dari Liga Super China menanti Tampines dalam pusingan kelayakan ketiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >