KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018

Kelayakan Piala Dunia dengan Jepun di S'pura dianjak ke Nov, elak tembung upacara penutup Sukan SEA ke-28

PERMOHONAN Singapura bagi mengalihkan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dengan Jepun di sini dari 16 Jun ke 12 November, telah diterima.

Ini bermakna, pasukan bergelar Samurai Biru itu tidak akan bertandang ke Singapura seperti dijadualkan pada 16 Jun. Sebaliknya, Singapura akan bertandang ke Stadium Saitama pada tarikh itu, dengan perlawanan timbal balas di Singapura dijadual pada 12 November.

Perubahan ini meleraikan kebimbangan bahawa pertemuan dengan Jepun yang dinanti-nantikan itu tidak akan bertempat di Stadium Negara kerana tarikh asal bertembung dengan upacara penutup Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-28.

Dalam kenyataannya semalam, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata permohonannya itu diterima Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA).

Presiden FAS Encik Zainudin Nordin berkata:

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada FIFA, AFC dan JFA kerana memahami keadaan kami berkenaan perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 16 Jun; dan bersetuju memainkan perlawanan itu di Jepun.

"Kami menanti kedatangan Jepun pada 12 November ... dan yakin ia akan menarik penonton yang ramai."

Singapura diundi bersama Jepun, Kemboja, Syria dan Afghanistan dalam Kumpulan E kelayakan Piala Dunia 2018 peringkat Asia.

Ia bertemu Kemboja di tempat lawan dalam perlawanan pertama pada 11 Jun.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.