BERMAIN di padang tiruan di Stadium Jalan Besar (JBS) boleh memberi pasukannya kelebihan apabila ia berentap dengan gergasi dari seberang Tambak, Johor Darul Takzim (JDT), malam ini, menurut jurulatih Balestier Khalsa, Marko Kraljevic.
Balestier, juara Piala Singapura RHB, berentap dengan JDT yang menjuarai Liga Super Malaysia (MSL) musim lalu, dalam perlawanan kedua Kumpulan F, Piala AFC.