LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Kemarau gol di Madrid, Atletico sekat Real 0-0 di suku akhir pertama Liga Juara-Juara

GARETH Bale terlepas memecah kebuntuan gol dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berkesudahan 0-0 antara Real Madrid dengan jiran Atletico Madrid di Madrid semalam.

Walau disajikan dengan peluang keemasan dalam posisi satu-lawan-satu;  pada minit seawal minit ketiga, Bale gagal memperdayakan Jan Oblak di gawang Atletico yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan. Beliau turut menyelamatkan percubaan dari James Rodriguez, sementara Mario Suarez gagal menyempurnakan peluang gol bagi Atletico di penghujung perlawanan.

Keputusan itu bermakna Atletico melanjutkan rekod tanpa kalah kepada Real menjadi tujuh perlawanan.

Kededua kelab bertemu lagi dalam perlawanan timbal balas pada 22 April.

Sementara itu, di Turin, Juventus menang tipis 1-0 ke atas Monaco menerusi gol penalti jarigan Arturo Vidal.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.