Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kemenangan yang dicari Singa tak kunjung tiba, sekadar seri 2-2 dengan Guam

Mar 31, 2015 | 09:52 PM



IA persembahan yang lebih baik daripada prestasi yang ditunjukkan semasa bertemu Thailand di Korat Khamis lalu.


Namun, skuad bola sepak nasional pimpinan Bernd Stange masih gagal mendapatkan kemenanan yang dicari-cari itu apabila disekat 2-2 oleh Guam dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar yang berakhir baru tadi (31 Mac).


Sekalipun mempamerkan permainan yang lebih baik dan teratur untuk menguasai sebahagian besar pertarungan daripada apa yang disajikan semasa kekalahan 0-2 kepada Thailand, Singa ketinggalan gol pembukaan jaringan Shawn Nicklaw, daripada umpanan rakannya, Shane Malcolm, pada minit ke-36.


Ironinya, sebelum gawangnya digegarkan gol itu, Singa yang lebih banyak menyerang dan melancarkan gerakan-gerakan berbahaya.


Dengan gandingan Hariss Harun dan bintang Melbourne City FC, Safuwan Baharudin, mengemudikan 'enjin' pasukan di samping kapten Shahril Ishak, yang bergerak di belakang tenaga penggempur, Singa berjaya menyusun beberapa gerakan kemas dengan Khairul Amri, Sahil Suhaimi dan Faris Ramli mengambil giliran untuk menguji penjaga gawang pasukan pelawat, Dallas Jaye.


Namun, asakan bertubi-tubi Singa dalam babak kedua permainan akhirnya membuahkan hasilnya apabila hantaran tinggi cemerlang dari sayap kanan padang yang dibuat Ismadi Mukhtar berjaya ditanduk masuk Faris pada minit ke-53.


Kapten Guam, Jason Cunliffe, sekali lagi meletakkan pasukan di hadapan dengan gol cantik pada minit ke-72 tetapi Baihakki Khaizan menyambar peluang di dalam kotak penalti untuk gol penyelamat Singa 11 minit sebelum wisel penamat.


Sekalipun berkongsi mata, keputusan seri itu boleh dianggap satu lagi tamparan bagi pasukan pimpinan Stange yang berharap dapat bangkit daripada kekalahan kepada Thai tempoh hari selain membuka lembaran baru bagi musim tahun ini selepas kepahitan yang terpaksa ditelan semasa tersingkir daripada Piala AFF Suzuki di peringkat kumpulan pada November lalu.


Apatah lagi, lawannya ini, Guam, sekadar berada di tangga ke-167 Fifa - 14 tangga di bawah kedudukan Singapura.


Keputusan itu juga adalah seri kali ketiga Singa di bawah pimpinan Stange yang menang sembilan dan kalah 11 perlawanan sepanjang 23 perlawanan di bawah kendalian jurulatih asal Jerman berusia 67 tahun itu.


Singapura: Izwan Mahbud, Shakir Hamzah, Baihakki Khaizan, Faris Ramli,Sahil Suhaimi (Gabriel Quak), Ismadi Mukhtar, Hariss Harun, Shahril Ishak, Khairul Amri (Syafiq Ghani), Safuwan Baharudin, Zulfahmi Arifin.


Guam: Dallas Jaye, Alexander Lee, Nathaniel Lee (Dylon Naputi), Justin Lee, Brandon McDonald, Mason Grimes, John Matkin, Jason Cunliffe, Ryan Guy, Shawn Nicklaw, Shane Malcolm (Jan Staman).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >