PENGALAMAN menjalani latihan di Jepun cukup memberi kepuasan kepada tiga pemain cilik Singapura - Muhammad Nur Adam Abdullah, Mohamad Hamizan Mohamad Hisham dan Elijah Lim.
Lebih mengesankan dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah apabila mereka bertiga diberi tanggungjawab membawa bendera Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) semasa berarak ke tengah padang di hadapan lebih 15,000 penyokong di Stadium Alwin di Matsumoto yang terletak tiga jam perjalanan ke barat daya dari Tokyo.