Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

'Kepulangan' Putri penuh bermakna bagi keluarga, skuad negara

Pemain pulang dari pengajian di AS bagi perkuat pasukan wanita negara yang akan beraksi di Sukan SEA Hanoi
Apr 08, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS lebih setahun mengembangkan sayapnya di Amerika Syarikat, srikandi penyerang bola sepak Singapura, Putri Nur Syaliza Sazali, pulang ke tanah air bukan hanya sebagai pemain wanita pertama negara yang berjaya menjulang Kejohanan Persatuan Atletik Kolej Junior Nasional (NJCAA) (Divisyen Satu) Amerika, bahkan berbekalkan pengalaman bermain bola sepak di tahap yang lebih tinggi.



Putri, 19 tahun, menjuarai Kejohanan Nasional Divisyen Satu NJCAA itu bersama Kolej Eastern State Florida November lalu.



Bagaimanapun, perjalanannya di negara asing tidak selancar yang diharap. Putri berangkat ke Amerika Syarikat pada Januari tahun lalu selepas menerima biasiswa selama empat tahun dari Universiti Cumberland - menjadikan beliau pemain bola sepak wanita pertama tempatan untuk ditawarkan biasiswa sukan luar negara.



Namun, impiannya untuk mewakili pasukan Cumberland Phoenix tersekat dek masalah matrikulasi dan Putri harus terpaksa berpindah ke institut pengajian lain demi meneruskan cita-citanya bermain bola sepak di Amerika.



"Ia amat mengecewakan sebab saya ke Amerika dengan tujuan untuk bermain bola sepak dan belajar tapi ia tidak berlaku seperti mana yang saya harapkan…dan tiada apa yang boleh saya lakukan mengenai perkara itu.



"Tapi, apa yang mendorong saya untuk meneruskan perjuangan ini adalah keinginan kuat saya untuk bermain di tahap lebih tinggi di Amerika.



"Jadi, matlamat saya seterusnya (pada ketika itu) adalah mencari pasukan untuk bermain di sana," kongsi Putri kepada Berita Harian.



Mujur, dengan bantuan jurulatih di Universiti Cumberland, Putri berjaya menjamin biasiswa selama dua tahun di Kolej Eastern State Florida, dan berpindah daripada Tennessee ke Florida selepas musim panas lalu.



Tempoh pemindahan itu juga bermakna Putri tidak dapat menyertai latihan dengan mana-mana pasukan dan perlu berlatih sendirian selama beberapa bulan.



Menyifatkan pengalamannya di Amerika sejauh ini sebagai "mencabar tetapi menarik", pelajar tahun pertama dalam jurusan Bersekutu Seni (Associate in Arts) itu menambah beliau pernah terfikir untuk mengemas pakaiannya dan pulang saja ke Singapura.



"Saya sebenarnya tidak beritahu keluarga saya tentang apa yang berlaku. Saya cuba memikulnya sendiri," kata Putri, yang telah tujuh kali menyarung jersi Singapura.



"Tapi, selepas memberitahu ibu saya, beliau terus menghulurkan bantuan dan mendorong saya supaya tidak mudah menyerah kalah.



"Saya ada terfikir untuk pulang dan duduk saja di Singapura. Tapi, selepas melalui pelbagai proses untuk berada di sini, saya tidak mahu mensesiakan segalanya."



Putri kini berada di Singapura untuk menyertai skuad wanita Singa bagi siri perlawanan persahabatan 'A' wanita Tiga Negara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), yang berlangsung sejak Isnin lalu.



Pertandingan tiga penjuru ini adalah sebahagian persiapan Singapura untuk Sukan SEA Hanoi bulan depan.



Pasukan wanita Singa bakal membuat penampilan pertamanya sejak 2003 di temasya sukan Asia Tenggara itu.



"Ia rasa seronok dapat bermain semula dengan pasukan nasional dan bertemu rakan sepasukan lain," kata Putri, yang menghasilkan satu assist dalam kemenangan 6-2 Singapura ke atas Seychelles Isnin lalu.



Singapura, yang menduduki tangga 135 dunia, akan kembali beraksi di Stadium Jalan Besar Isnin ini menentang Papua New Guinea, pasukan nombor 49 dunia, dalam perlawanan terakhir Tiga Negara FAS.



Perlawanan antara Seychelles dan Papua New Guinea berlangsung malam ini.



"Saya tidak sabar bermain di Sukan SEA tapi pada masa yang sama, gementar sebab tidak tahu apa untuk dijangka… Dari sekarang hingga ke temasya sukan itu, saya terdorong berusaha gigih dan meluangkan masa dengan pasukan dan bermain bersama," katanya lagi.



Kepulangan Putri turut bermakna beliau dapat menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tahun ini selepas setahun berjauhan. Beliau dijangka kembali ke Amerika bagi meneruskan pengajiannya selepas Sukan SEA nanti.



"Saya gembira dapat pulang ke sini untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya bersama keluarga sebab tahun lalu, saya tidak dapat melakukannya dan ia sangat sukar.



"Jadi, kepulangan ini amat bermakna… dan saya juga dapat mengubati rindu pada makanan di sini," tambah beliau, yang juga merupakan adik kepada pemain pertahanan Singa Muda, Syahrul Sazali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >