Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Sep 30, 2015 | 09:42 AM



ARSENAL di ambang tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah setelah ia mengalami kekalahan kedua 2-1 di tangan Olympiakos di padang sendiri pada awal pagi Rabu (30 Sep, waktu Singapura).


Ini kerana setelah kalah kepada Dinamo Zagreb sebelum ini, Arsenal bakal menghadapi Bayern Munich seterusnya, yang menunjukkan gagah dengan mengalahkan Dinamo Zagreb 5-0 di Allianz Arena.


Chelsea pula kalah kepada Porto 2-1 di Estadio do Dragao.


Gol Arsenal dijaringkan oleh Theo Walcott dan Alexis Sánchez, sementara Felipe Pardo, Alfred Finnbogason dan penjaga gawang Arsenal, David Ospina (gol sendiri), menyumbangkan gol Olympiakos


Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, membuat kejutan apabila beliau kembali ke kelab lamanya Porto dengan mengetepikan Eden Hazard, Nemanja Matic dan Oscar.


Porto mendahuli dengan gol oleh Andre Andre. Da Silva Willian menyamakan kedudukan tetapi Roque Maicon kemudian memastikan kemenangan Porto.


Sementara itu, Robert Lewandowski terus menunjukkan permainan luar biasa dengan menjaringkan hatrik bagi Bayern.


Dua lagi gol Bayern disumbatkan oleh Douglas Costa dan Mario Götze.


Barcelona pula menundukkan Bayer Leverkusen 2-1 di Camp Nou.


Carnicer Sergi Roberto dan Luis Suarez menyumbangkan gol Barcelona sementara Kyriakos Papadopoulos membalas buat Leverkusen.


Keputusan lain: M. Tel-Aviv 0 Dynamo Kyiv 2; Zenit 2 Gent 1; Lyon 0 Valencia 1; Bate 3 Roma 2 - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >