Keputusan perlawanan Liga Juara Eropah

PARIS: Pasukan kerdil Eropah, Dinamo Zagreb, mengejutkan Arsenal, yang bermain dengan 10 pemain, 2-1 pada Rabu (17 Sep waktu Singapura) untuk menang buat kali pertama dalam 16 perlawanan Liga Juara Eropahnya.

Gol sendiri Alex Oxlade-Chamberlain dan tandukan Junior Fernandes memberi Dinamo tiga mata, sementara penyerang Arsenal, Olivier Giroud, dibuang padang kerana menerima dua kad kuning pada separuh pertama.

Perjudian Jose Mourinho pula membuahkan hasil apabila Chelsea menang 4-0 ke atas Maccabi Tel Aviv.

Selepas kalah 3-1 kepada Everton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Mourinho mengetepikan John Terry, Diego Costa, Pedro Rodriguez, John Obi Mikel, Nemanja Matic and Branislav Ivanovic bagi perlawanan Liga Juara ini.

Ia berbaloi apabila Willian, Oscar (penalti), Costa, yang dimasukkan kemudian, dan Cesc Fabregas menjaringkan gol.

Di Rom, juara bertahan Barcelona pula seri 1-1 dengan Roma.

Barcelona membuka tirai jaringan pada minit ke-21 apabila Luis Suarez menanduk masuk hantaran oleh Ivan Rakitic.

Bagaimanapun 10 minit kemudian, bek Roma, Alessandro Florenzi, mendapati penjaga gawang Marc-Andre ter Stegen berada jauh dari garisan lalu menendang bola tinggi dari jarak kira-kira 37 meter untuk menjaringkan gol penyamaan.

Sementara itu, Thomas Mueller membantu Bayern Munich memulakan kempen mereka dengan kejayaan 3-0 di Olympiakos dalam perlawanan yang dicemari masalah penonton sebelum sepak mula.

Sekurang-kurangnya seorang peminat Bayern dibawa ke hospital selepas polis Greek menyuraikan penyokong kelab Jerman itu dengan cota sebagai tindak balas kepada ejekan mereka terhadap peminat Olympiakos.

Mueller menyumbatkan dua gol sementara gol ketiga Bayern dijarikankan Mario Goetze.

Pemain Brazil Hulk pula menjadi bintang Zenit St Petersburg yang mengelakkan kekalahan di Sepanyol buat kali pertama dengan bangkit untuk mengalahkan Valencia 3-2.

Hulk membuka jaringan pada minit kesembilan dan menambahkan golnya dengan tendangan kuat dari jarak 23 meter yang membolosi tangan penjaga gol Valencia, Jaume.

Valencia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Joao Cancelo dan Andre Gomes, tetapi Axel Witsel menjaringkan gol kemenangan Zenit St Petersburg pada minit ke-76.

Bayer Leverkusen memulakan kempennya dengan kemenangan 4-1 ke atas Bate Borisov melalui dua gol oleh Haka Calhanoglu dan satu oleh Javier Hernandez dan Admir Mehmedi.

Nemanja Milunovic menjaringkan gol tunggal pasukan Belarus itu.

Sementara itu, Vincent Aboubakar menjaringkan dua gol bagi Porto tetapi Vitaliy Buyalsky kemudian menyamakan kedudukan untuk Dynamo Kiev, yang telah membuka jaringan menerusi Oleg Gusev.

Akhirnya mereka seri 2-2. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.