Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kes dera seksual: Pemain hoki ais Canada diarah serah diri

Jan 25, 2024 | 10:27 AM



CANADA: Seramai lima pemain daripada pasukan hoki ais Canada yang bermain dalam Junior Dunia 2018 akan menghadapi dakwaan penderaan seksual di negara itu, satu kes yang mungkin libatkan para pemain Liga Hoki Nasional (NHL).


Pada 24 Januari, akhbar Canada, The Globe and Mail, melaporkan bahawa lima lelaki telah dikaitkan dengan satu dakwaan penderaan seksual yang dilaporkan berlaku pada Jun 2018 dan telah diarah menyerah diri kepada polis di London, Ontario.


Perkhidmatan Polis London kemudian mengumumkan pada 24 Januari bahawa mereka akan mengadakan satu persidangan media awal Februari untuk membincangkan tentang siasatan tersebut.

“Kami faham bahawa terdapat kepentingan awam dalam satu siasatan kes dakwaan seksual yang berlaku pada 2018,” kata polis London.

“Sedang kami tidak dapat berikan sebarang kemas kini, kami jangkakan Perkhidmatan Polis London akan mengadakan persidangan media pada 5 Februari 2024 untuk berkongsi tentang butiran lanjut.”

Laporan The Globe and Mail tidak mendedahkan nama anggota pasukan junior itu yang boleh menghadapi tuduhan, namun spekulasi meluas menunjukkan sekurang-kurangnya empat daripada mereka bermain dalam NHL.


Satu semakan jadual daripada pasukan 2018 itu menunjukkan empat pemain skuad junior Canada telah memohon dan mendapat kelulusan untuk tidak hadir bersama pasukan NHL.

Lelaki kelima yang bermain secara profesional di Switzerland juga telah pergi bercuti.

Adalah penting untuk ditekankan di sini bahawa para pemain tersebut belum dinamakan pihak berkuasa, yang sejauh ini hanya mendiamkan diri tentang identiti lelaki-lelaki tersebut yang dipercayai terlibat dalam dakwaan penderaan seksual itu.

Para pemain terkini yang memohon cuti tidak hadir adalah pemain penyerang Michael McLeod dan pemain pertahanan, Cal Foote.

Mereka diberi kelulusan untuk tidak hadir buat jangka masa yang tidak ditetapkan daripada skuad New Jersey Devils, menurut kelab itu.

Kenyataan pasukan itu berkata pasukan Devils tidak mempunyai sebarang komen pada masa ini dan tidak menerangkan lebih lanjut sebab di sebalik permintaan tidak hadir para pemain itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >