LONDON: Pengurus West Ham Slaven Bilic berkata perlawanan terakhir di Upton Park bak filem blockbuster Hollywood apabila pasukannya bangkit selepas ketinggalan demi menewaskan Manchester United 3-2.
Bagi West Ham, yang bergelar The Hammers dan berpindah ke Stadium Olimpik yang lebih besar musim depan, kemenangan itu kenangan manis terakhir buat ribuan penyokongnya yang membanjiri stadium dan pekarangannya semalam.