Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG OLIMPIK RIO 2016

Ketua antidadah AS bidas kepimpinan IOC lemah tangani skandal dadah Russia

Jul 26, 2016 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Ketua antidadah Amerika Syarikat telah membidas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana mencetuskan "kekecohan yang membingungkan" mengenai skandal dadah Russia, menyifatkan mereka sebagai tidak mempunyai "kepimpinan yang tegas" dengan memilih tidak mengenakan larangan menyeluruh ke atas para atlit Russia yang akan ke Olimpik Rio.



IOC memutuskan tidak akan mengenakan larangan yang menyeluruh ke atas penggunaan dadah yang ditaja oleh pemerintah Russia dan menyerahkan kepada persekutuan sukan antarabangsa meluluskan atlit bagi Olimpik Rio yang akan bermula pada 5 Ogos.



"Mengecewakan, sebagai respons pada detik paling penting untuk para atlit yang bersih dan kewibawaan Sukan Olimpik, IOC telah enggan mengambil kepimpinan yang tegas," kata Travis T. Tygart, ketua eksekutif Agensi Anti-Dadah Amerika Syarikat (Usada), badan antidadah Amerika.



"Keputusan mengenai penyertaan Russia dan kekecohan yang membingungkan yang timbul selepas itu adalah satu tamparan hebat pada hak atlit yang bersih.



"Sungguh mengecewakan bahawa pada detik yang amat penting ini, mereka menyerahkan tanggungjawab itu kepada persekutuan sukan yang mungkin tidak memiliki kepakaran yang mencukupi atau keazaman menangani keadaan itu dengan betul dalam tempoh singkat sebelum Sukan.



"Pertentangan kepentingan amat ketara sekali."



Usada turut membidas keputusan melarang orang yang membocorkan rahsia mengenai penggunaan dadah dalam kalangan atlit Russia, Yuliya Stepanova, daripada menyertai Olimpik Rio.



"Keputusan menolak penyertaan beliau ke Sukan Olimpik tidak dapat difahami dan bertentangan dengan yang biasa diamalkan oleh CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan)," kata Tygart.



"Cubaan melaksanakannya sudah tentu akan menghalang orang lain daripada membocorkan rahsia pada masa depan."



Beliau juga berkata "obor Olimpik tidak akan begitu cerah" selepas keputusan IOC tersebut.



Dalam satu perkembangan berkaitan, keputusan IOC itu yang enggan mengenakan larangan menyeluruh telah memecah-belahkan ketua-ketua sukan.



Presiden IOC, Thomas Bach, berkata larangan menyeluruh akan menginjak-injak hak atlit Russia yang bersih yang mahu bersaing di Olimpik Rio.



Agensi Anti-Dadah Dunia (Wada) menggesa agar Russia dilarang sertai selepas memberikan butir-butir bagaimana kementerian sukan Russia telah mengarahkan satu program untuk menipu.



Ketua eksekutif Drug Free Sport New Zealand, Graeme Steel, juga membidas keputusan IOC melepaskan tanggungjawab kepada persekutuan sukan antarabangsa.



Sebanyak 14 agensi antidadah - termasuk Amerika, Jerman dan Jepun - selain beberapa jawatankuasa Olimpik nasional telah menuntut agar Russia dilarang daripada Olimpik Rio.



Tetapi beberapa yang lain - termasuk badan induk sukan renang dunia, Fina - menentang larangan menyeluruh itu, sama juga dengan negara seperti Italy dan yang dekat dengan Russia. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >