Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA

Khidhir, Danish manfaatkan rasa gementar, gemuruh harungi saingan hebat

May 01, 2023 | 05:30 AM



PERASAAN gemuruh dan gementar menyelubungi atlet tinju negara, Muhammad Khidhir Saniff dan Muhammad Danish Husli, yang masing-masing berusia 26 tahun dan 27 tahun.



Bukan saja mereka bakal membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA Kemboja, ia juga merupakan kali pertama mereka akan bertarung dalam kategori berat badan lebih tinggi.



Bagi Danish misalnya, beliau akan berentap dalam kategori 80 kilogram berbanding 75 kilogram yang biasa beliau tanding.



Beliau, yang baru menimang cahaya mata berusia enam bulan, berkata beliau dapat rasakan perbezaan dalam gaya tinju, di samping kekuatan tumbukan.



"Dalam kategori 75 kilogram, boleh dikatakan tubuh saya amat kecil dan saya dapat rasakan kekuatan tumbukan saya amat deras.



"Jadi apabila saya memasuki kategori 80 kilogram, tubuh saya lebih kecil berbanding pesaing-pesaing dalam kategori berat badan ini. Sungguhpun begitu, oleh kerana susuk tubuh saya lebih kecil, saya merupakan sasaran lebih kecil," jelasnya.



Beliau juga tidak dapat memberi anggaran tepat mengenai kekuatan tumbukannya dalam kategori baru ini tetapi beliau percaya kelincahannya dapat memberi tamparan hebat kepada pesaing, memandangkan beliau bermula daripada kategori berat badan lebih ringan.



Begitu juga sentimen yang dikongsi rakan negara seperjuangan, Khidhir - beliau akan bertarung dalam kategori 71 kilogram berbanding 69 kilogram yang biasa beliau tanding.



Menurutnya, pesaing yang bakal dihadapinya mungkin berbeza dari segi kelincahan dan kekuatan tumbukan daripada apa yang beliau sudah terbiasa



"Saya sedikit sebanyak sudah mengamati seteru yang bakal saya hadapi (dalam kategori ini) kerana ada di antara mereka pernah menentang rakan sepasukan saya sebelum ini.



"Terus terang, memang ada perasaan gementar (menentang mereka) kerana mereka sudah lama berkecimpung dalam sukan tinju, ada yang menyertai tinju sejak dari usia remaja," ujarnya, yang setakat ini mempunyai pengalaman sekitar lima tahun bertinju.



Beliau menyertai sukan itu pada 2018 semasa berusia 21 tahun.



Sebagai perbandingan, Danish mempunyai lebih sepuluh tahun pengalaman dalam sukan tinju.



Lantaran itu, beliau ingin mengambil peluang pelibatannya dalam Sukan SEA untuk menambah dan menimba pengalaman seberapa mungkin.



Mengulas berkenaan persiapan mereka untuk bertanding dalam kategori baru pula, mereka mengatakan segala persiapan berjalan dengan lancar.



"Persiapan menjelang Sukan SEA amat baik. Saya meletakkan kepercayaan kepada rancangan dan latihan yang dikelola oleh jurulatih," jelas Danish.



Bagi Khidhir pula, meskipun terlepas latihan bagi beberapa minggu pada awalnya akibat kecederaan kaki, beliau berjaya mengikuti rentak dan intensiti persiapan kembali.



Beliau berkata: "Saya bersyukur kerana dapat meneruskan latihan semula dan giatkan persiapan saya menjelang Sukan SEA."



Mereka telah meletakkan harapan untuk menggondol sebutir pingat meskipun akur ia agak mencabar.



"Secara jujurnya, meskipun kami rasa yakin, akan tetap ada rasa sedikit keraguan - berapa bagus pesaing tersebut dan sebagainya - tetapi keinginan kami untuk mengecapi sesuatu adalah tinggi," ujar Khidhir. - MUHAIMIN SUZAINI




KEGIGIHAN, DEBARAN SEBELUM MASUK GELANGGANG



"Saya sedikit sebanyak sudah mengamati seteru yang bakal saya hadapi (dalam kategori ini) kerana ada di antara mereka pernah menentang rakan sepasukan saya sebelum ini.
Terus terang, memang ada perasaan gementar (menentang mereka) kerana mereka sudah lama berkecimpung dalam sukan tinju, ada yang menyertai tinju sejak dari usia remaja.''
- Muhammad Danish Husli.



"Saya bersyukur kerana dapat meneruskan latihan semula dan giatkan persiapan saya menjelang Sukan SEA.
Mereka telah meletakkan harapan untuk menggondol sebutir pingat meskipun akur ia agak mencabar.
Secara jujurnya, meskipun kami rasa yakin, akan tetap ada rasa sedikit keraguan - berapa bagus pesaing tersebut dan sebagainya - tetapi keinginan kami untuk mengecapi sesuatu adalah tinggi."
- Muhammad Khidhir Saniff.



*Artikel ini telah disemak untuk menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >