Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Klopp kepada Liverpool: Jangan terbawa-bawa, kita belum menang

Nov 07, 2016 | 12:37 PM



LONDON: Jurgen Klopp berkata pada Ahad (6 Nov) semua orang dalam pasukannya perlu kekal bertenang di tengah-tengah keghairahan yang semakin meningkat berhubung cabaran Liverpool bagi gelaran mahkota Liga Perdana Inggeris.



Liverpool dengan hebat menewaskan Watford 6-1 di Anfield, dengan menampilkan kecemerlangan serangan yang menjadi ciri-ciri keseluruhan mereka musim ini.



Kemenangan itu meletak Liverpool di puncak EPL buat kali pertama dalam era Klopp.



Ia membuat ramai, termasuk pengurus Watford, Walter Mazzarri, berkata Liverpool boleh menjulang gelaran itu buat kali pertama sejak EPL bermula.



Namun, Klopp mencadangkan agar semua orang di Liverpool bertenang.



Dengan Chelsea, yang menang 5-0 di Everton Sabtu lalu, hanya satu mata di belakang mereka dan Manchester City serta Arsenal hanya dua mata, Klopp menganggap adalah terlalu awal untuk terbawa-bawa.



"Jika seseorang itu berfikir berasa satu mata di depan selepas 11 perlawanan adalah tanda besar bagi sepanjang musim ini, maka saya tidak boleh membantu orang itu," kata Klopp kepada pemberita.



"Kami tetap bertenang. Ia kedudukan terbaik yang saya boleh bayangkan, tetapi tidak ada apa-apa lagi yang berlaku.



"Kami tahu Arsenal seri menentang Tottenham tetapi kami tidak berkata walau sepatah perkataan tentang kemungkinan menduduki tempat teratas.



"Kami melihat Chelsea semalam, agak menarik; Man City menentang Barcelona, agak menarik; Man United, jangan sekali-sekali mengetepikan mereka; Tottenham adalah pasukan yang baik. Ada banyak pasukan yang benar-benar baik di sekeliling.



"Apabila saya tiba di sini, saya meminta masa dan kesabaran dan kepercayaan, dan selepas 11 perlawanan, semua orang meminta jaminan dan mereka belum berada di sana.



"Satu-satunya perkara yang kita ada ialah pasukan bola sepak yang cukup baik." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >