LIVERPOOL: Walau gembira dengan cara pasukannya bangkit mengikat Chelsea 1-1 dalam perlawanan liga semalam, pengurus Liverpool Juergen Klopp menggesa pemainnya supaya "belajar bertenang" menjelang final Liga Europa minggu depan.
Liverpool bertemu Sevilla di Stadium St. Jakob Park di Basel, Switzerland, Khamis nanti dengan peluang menjulang trofi dan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.