Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Klopp lanjutkan kontrak bersama Liverpool hingga 2026

Apr 30, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp, telah bersetuju melanjutkan kontraknya dengan kelab itu selama dua tahun lagi sehingga 2026.



Klopp, 54 tahun, menyertai Liverpool pada 2015 selepas mengikat kontrak sehingga 2024.



Bulan lalu, beliau berkata telah membuat keputusan untuk berehat selepas kontraknya luput.



Namun, Liverpool telah berjaya memujuk Klopp supaya mengubah fikirannya dan kini beliau dan penolong jurulatihnya telah diikat dengan kontrak lebih panjang.



Klopp berkata beliau amat bertuah dan menerima kontrak baru itu dengan ghairah dan rendah hati.



"Apabila pemilik kelab menawarkan untuk melanjutkan penglibatan saya dengan kelab ini, saya bertanya kepada diri saya sendiri sama ada saya masih mempunyai tenaga dan azam untuk memberi sumbangan yang diperlukan oleh kelab hebat ini.



"Saya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan kerana jawapannya adalah mudah. Saya amat suka berada di sini dan hati saya senang bertugas bersama kelab ini," kata Klopp.



Menurutnya lagi, beliau hanya dapat mengambil keputusan itu dengan sokongan isterinya.



"Kami sedang makan di dapur dan beliau berkata yang beliau belum bersedia meninggalkan tempat ini... bagi saya itu adalah hujah yang selaras dengan apa yang saya fikirkan selama ini.



"Sokongan isteri penting, kerana saya mengikat kontrak yang paling penting dengan beliau," kata Klopp lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >