BERLIN: Juergen Klopp, yang dinamakan sebagai pengurus Liverpool semalam, adalah pengurus paling sesuai bagi membangun kelab itu kembali ke persada bola sepak England.
Klopp, yang meninggalkan Borussia Dortmund April lalu, membawa pengalaman membangun Dortmund daripada pasukan pertengahan liga kepada juara Bundesliga berganda dan naib juara Liga Juara-Juara Eropah dua musim lalu.