LONDON: Juergen Klopp bertandang ke Borussia Dortmund - tempat namanya mengharum sebagai jurulatih - dan pulang ke Liverpool dengan senyuman selepas pasukannya mencuri gol 'tandang' dan mengikat gergasi Bundesliga itu 1-1 dalam suku akhir pertama Liga Europa semalam.
Klopp, yang memenangi dua kejuaraan Bundesliga berturut-turut dalam tempoh tujuh tahun memimpin Dortmund, disambut mesra oleh penyokong tuan rumah di Stadium Westfalen.