PENYOKONG Liverpool tampak teruja.
Malah, legenda The Kop, Robbie Fowler, yang menemui media setempat kelmarin sempena mempromosikan pertarungan 'The Castlewood Group Battle Of The Reds 2015' di Stadium Negara pada 14 November ini, juga ghairah menantikan pengumuman rasmi mengenai pengganti Brendan Rodgers yang dipecat Ahad lalu.