MANCHESTER (England): Pemain bek Aleksandar Kolarov mengapi-apikan perlawanan Liga Perdana antara dua musuh tradisi dan pasukan sejiran di Manchester itu Ahad ini dengan mendakwa bahawa Manchester City telah membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada Manchester United sejak "lima atau enam tahun lalu".
City menyambut kedatangan United di Stadium Etihad selepas tewas 1-2 di tangan West Ham United di Upton Park, manakala United menyekat pasukan pendahulu liga, Chelsea, 1-1 di Old Trafford.