Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Konfederasi Sepak Takraw S’pura temu untuk lakar hala tuju sukan

Dec 23, 2023 | 07:40 PM



Langkah Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) untuk tidak mengendahkan keputusan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) telah menjejas kredibiliti antarabangsa sukan sepak takraw di Singapura, kata Encik Salim Ebrahim Marican, presiden sementara Konfederasi Sepak Takraw Singapura (KSS) atau Perses II.

Di samping itu, beliau menambah bahawa keputusan Perses untuk mengadakan pilihan raya semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Perses pada Oktober yang membawa kepada pelantikan semula presiden, Encik Nasri Haron, dan setiausaha agung, Encik Zahid Abdul Aziz, yang telah digantung oleh Astaf, adalah satu penghinaan kepada sukan itu.

Demikian yang dikongsi oleh Encik Salim bersama Berita Harian (BH) pada 23 Disember di Rumah Makan Minang di Kandahar Street, semasa majlis kesyukuran yang diadakan oleh Perses 2 bersama beberapa jurulatih dan pengadil sepak takraw negara.


“Tidak mengendah secara terang-terangan terhadap tindakan disiplin Astaf ini bukan sekadar mencerminkan kegagalan kepimpinan dalam Perses tetapi juga melanggar Perlembagaan Perses, khususnya Perkara 21.3 & 21.4.

“Klausa itu bukan formaliti semata-mata tetapi adalah asas untuk memelihara integriti dan pematuhan persekutuan kepada norma sukan antarabangsa,” kata Encik Salim.

Menurutnya, Perkara 21.3 Perlembagaan Perses menyatakan bahawa ahli lembaga tidak boleh menjalani penggantungan atau larangan daripada Istaf atau pihak berkuasa kawal selia yang lain.

Perkara 21.4 pula menyatakan bahawa ahli lembaga hendaklah menjadi orang yang mempunyai perwatakan teladan dengan pengalaman dan kelayakan yang berkaitan.

Pada Oktober 2022, Encik Nasri dan Encik Zahid telah masing-masing menerima penggantungan selama 10 dan lima tahun daripada Astaf.

Sebulan kemudian, kedua-duanya dikenakan penggantungan tambahan dua tahun setiap seorang, yang difaham oleh BH, kerana mereka tidak membayar bayaran balik untuk prosiding tatatertib yang dijalankan oleh Astaf.


Meskipun kedua-dua telah digantung, Perses telah terus mengadakan pilihan raya dan memilih semula Encik Nasri sebagai presiden dan Encik Zahid sebagai setiausaha agung pada Oktober.

Berikutan apa yang disifatkan sebagai “salah laku besar dalam kepimpinan Perses”, Istaf telah melucutkan keahlian Perses pada 28 November.

“Pembentukan Konfederasi Sepak Takraw Singapura adalah langkah ke arah memulihkan martabat dan memupuk era yang bercirikan semangat kesukanan yang tulen dan pematuhan kepada piawaian etika tertinggi.

“Kami komited untuk memupuk budaya di mana integriti, ketelusan dan permainan adil bukan sahaja suatu ideal, malah ia menjadi tonggak sukan kami,” kata Encik Salim.

Semasa majlis kesyukuran di Rumah Makan Minang pada 23 Disember, Encik Salim turut berkongsi rancangan KSS dan beramah mesra dengan para jurulatih dan pengadil untuk mendapatkan sokongan mereka bagi pembentukan badan tersebut untuk mengemudikan sepak takraw ke hadapan.

Pada 20 November, satu gabungan melibatkan 10 persatuan sepak takraw, bersama Rangkaian Sukan Masyarakat (CSN), telah mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Persatuan (ROS) untuk pembentukan KSS.


Encik Salim berkata beliau yakin setelah didaftar kelak, KSS mampu menjadi Persatuan Sukan Nasional (NSA) baru untuk sepak takraw di Singapura dan mendapat pengiktirafan daripada Istaf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >